Monday, August 2, 2010

Wakaf Tunai Malaysia

Wakaf Tunai Malaysia

Wakaf Tunai Malaysia ialah berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini (iaitu YWM) bagi tujuan kebajikan amal jariah.

FATWA WAKAF TUNAI
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam

Fatwa Oleh Ulama Terkemuka Zaman Silam
Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadith (wakaf pada 124 Hijrah), telah memfatwakan bahawa berwakaf dalam bentuk dinar dan dirham dibenarkan bagi tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah.

Kejayaan Wakaf Tunai Dalam Sejarah Islam
Empayar Uthmaniyah di Turki mencapai kegemilangan dengan bantuan amalan wakaf tunai yang meluas ketika itu sehingga berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan,perbandaran dan seumpamanya kepada masyarakat Turki.

OBJEKTIF WTM
• Menggalakkan amalan sedekah jariah dikalangan umat Islam
• Sebagai alternatif untuk melaksanakan ibadah wakaf
• Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa
• Penggerak pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam
• Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah
• Meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan
• Menyumbang kepada pembangunan harta wakaf dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu

FAEDAH WAKAF TUNAI

Mudah
Melalui kaedah wakaf tunai ini, umat Islam dapat menunaikan ibadah wakaf dengan mudah. Dengan jumlah minima hanya RM 10.00 dan tanpa had maksimum, umat Islam dapat berwakaf mengikut kemampuan berbanding dengan wakaf-wakaf lain seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang mempunyai nilai yang tinggi.

Ganjaran Berkekalan
Ganjaran kepada pewakaf sama dengan wakaf lain, iaitu selagi harta kekal yang terkumpul dimanfaatkan, ganjaran kepada pewakaf berkekalan semasa masih hidup atau selepas meninggal dunia.

Berkongsi Manfaat
Manfaat daripada harta kekal yang diperolehi daripada dana wakaf tunai dapat dikongsi di kalangan masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi umat Islam.
Pengekalan Pemilikan Aset Umat Islam
Pemilikan aset yang diperoleh daripada dana wakaf tunai dikekalkan supaya dapat dimanfaatkan berulang kali.
PELAKSANAAN WAKAF TUNAI MALAYSIA
Penyertaan
Pewakaf mewakafkan wang tunai melalui mewakilkan kepada Yayasa Waqaf Malaysia bagi pihak dirinya atau orang lain (termasuk yang telah meninggal dunia) untuk ditukarkan kepada harta kekal.
Tabung Amanah
Dana kutipan Wakaf Tunai Malaysia di dalam tabung amanah di bawah pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia.
Penyaluran Manfaat Wakaf Tunai Malaysia
Dana terkumpul akan ditukar kepada harta kekal supaya menfaatnya kepada masyarakat dapat disalurkan berulang kali.





KELULUSAN KOD KHAS POTONGAN GAJI OLEH JABATAN AKAUNTAN NEGARA
Yayasan Waqaf Malaysia telah memperoleh kod khas potongan gaji bernombor 4474 bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan daripada Jabatan Akauntan Negara pada 5 Januari 2009. Kod khas potongan gaji ini akan memudahkan penyertaan warga kakitangan awam ke dalam skim wakaf tunai oleh Yayasan Waqaf Malaysia.Borang penolakan gaji dan Panduan Mengisi Borang boleh dimuat turun DI SINI atau di menu Muat Turun.
Kaedah ini memberi kemudahan kepada pewakaf kerana boleh berwakaf secara berterusan dengan hanya satu kelulusan transaksi untuk jumlah yang ditentukan sendiri.Permohonan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk kelulusan potongan gaji bagi sektor swasta akan dilakukan jika perlu.
Yayasan Waqaf Malaysia disyaratkan supaya membuka satu akaun kursus bagi penolakan gaji secara langsung ini supaya mudah untuk tujuan pemantauan dan laporan jika diperlukan.
Buat masa ini, wakaf tunai boleh disalurkan ke akaun
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 16018010019680
atau
Eoncap Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 0667110005558
atau
Public Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 3996004900
atau
AmIslamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 2342022003053
atau
RHB Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 21245760001304
Slip Deposit boleh dihantar kepada kami sebagai bukti melalui email/faks/pos atau datang terus ke pejabat kami.

Yayasan Waqaf Malaysia masih didalam proses membuka akaun semasa untuk kutipan wakaf tunai di bank-bank lain.
Wakaf Tunai dan Pembangunan Harta Wakaf
Sumber Pembiayaan Pembangunan
Wakaf Tunai Malaysia ialah instrumen wakaf di peringkat kebangsaan, di mana keutamaan bagi dana yang terkumpul ialah untuk membiayai pembangunan dan usaha memajukan harta-harta wakaf, dan jika berkenaan, menambah harta wakaf baru yang strategik dan berdaya maju. Fokus utama ialah supaya harta-harta wakaf di Malaysia dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat Islam dan sentiasa produktif.
Tiada Pertindihan Tugas dan Bidang
Yayasan Waqaf Malaysia berperanan sebagai agensi pelengkap kepada usaha membangun dan memajukan harta-harta wakaf di mana Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan sentiasa terlibat secara aktif. Setelah dimajukan, harta-harta ini akan kembali di bawah pentadbiran MAIN yang berkenaan sebagai pemegang amanah tunggal kepada harta-harta wakaf. Tiada pertindihan tugas atau percanggahan bidang di antara Yayasan Waqaf Malaysia dan MAIN.
F.A.Q
Soalan-soalan Lazim
1. Kemanakah saluran dana dimanfaatkan oleh YWM?
Jawapan : Dana akan dimanfaatkan ke :
• Pembiayaan pembinaan institusi agama seperti masjid,surau, sekolah agama, kemudahan umum masyarakat Islam, penyelenggaraan bangunan institusi-institusi agama dan sebagainya.
• Pembiayaan bantuan sosial untuk umat Islam seperti bantuan anak yatim, bantuan bencana, bantuan pendidikan, program pembangunan insan, bantuan kesihatan, pemulihan akhlak dan sebagainya.
• Pembiayaan pembangunan ekonomi ummah seperti pembinaan, tempat perniagaan baru atau pembelian premis perniagaan sedia ada di lokasi-lokasi strategik supaya masyarakat Islam berpeluang untuk berniaga di tempat-tempat seperti ini.
2. Apakah faedah untuk pewakaf ?
Jawapan : WAKAF adalah satu bentuk transaksi harta yang dapat memberi faedah dan manfaat bukan sahaja kepada diri pewakaf, malah penerimanya, masyarakat Islam keseluruhan dan pihak pemerintah sendiri turut mendapat kebaikannya. Dalam hubungan ini, pewakaf memperoleh pahala ’sedekah jariah’, penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan selain ia meringankan bebanan kewangan kerajaan dalam menyediakan bantuan serta kemudahan untuk masyarakat.
3. Adakah waqaf tunai mendapat potongan / rebet cukai dari LHDN?
Jawapan : Untuk jangkamasa terkini, YWM masih lagi berusaha untuk mendapatkan skim potongan cukai dari LHDN.
4. Apa pandangan ulama tentang waqaf tunai?
Jawapan : Hukum waqaf tunai adalah sunat yang dituntut.
(Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu - Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah DIBOLEHKAN dalam Islam.
5. Waqaf tunai untuk siapa?
Jawapan : Untuk memajukan sosio ekonomi ummah amnya dan juga dapat mengeratkan ukhwah wujudnya sifat berwakaf dan saling menbantu sesama Islam.
6. Kenapa ada nilai RM10 untuk berwakaf?
Jawapan : Nilai yang dikenakan adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan. Sebenarnya tiada had minima atau maksima untuk berwakaf.
7. Siapakah pemegang amanah YWM?
Jawapan : Seramai 18 orang tokoh terkemuka daripada pelbagai latarbelakang menganggotai LPA YWM dengan dipengerusikan oleh YB Menteri Jabatan Perdana Menteri sementara Y.Bhg. Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) berperanan sebagai Timbalan Pengerusi. Selebihnya iaitu seramai 16 orang ahli yang lain terdiri daripada wakil setiap M.A.I.N, wakil agensi kerajaan dan tokoh korporat.
8. Apakah pandangan dari segi syariah tentang wakaf?
Jawapan :
Hukum wakaf adalah sunat menurut Jumhur Fuqaha (selain Hanafi).
Wakaf adalah satu amalan yang sangat dituntut dan ia merupakan salah satu sedekah jariah, yang pahalanya besar daripada Allah S.W.T
Wakaf merupakan tuntutan al-Quran, al-Sunnah dan amalan para sahabat.
Falsafah wakaf :
• Untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
• Untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T
• Menghapuskan sifat bakhil
• Mendapatkan harta berterusan
• Memberi kebaikan kepada ummah
• Pembangunan / kegunaan anak-anak yatim, orang miskin dan sebagainya
• Menjamin harta itu berkekalan dalam kebajikan
Wang Syubhah
Anak syarikat / subsidiari bank yang menguruskan dana saham amanah ( Unit Trust)
Pelaburan
- Dalam Negeri -Luar Negeri
Aktiviti pelaburan yang patuhi Syariah ( Syariah-Compliance)
Tidak perlu penyaluran wang ke badan kebajikan
Aktiviti pelaburan yang tidak patuhi Syariah ( Non Syariah-Compliance)

YWM melaksanakan projek pembangunan menggunakan wang dalam akaun berkenaan
UTMCs membuat pembayaran kepada YWM secara online melalui website YWM dengan menggunakan system FPX dan memperolehi resit secara elektronik
YWM keluarkan resit rasmi dan sijil pengesahan kepada UTMCs
YWM agih wang untuk disalurkan kepada 14 buah Baitulmal
Penyaluran wang ke badan kebajikan

No comments:

Post a Comment